Selamat Pengantin baru kepada model telekung Siti Khadijah…
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat”.
Seorang lagi sahabatku telah menamatkan zaman bujangnya. Noor Syahira aka Nola sudah melangsungkan perkahwinannya dengan Mohd Fadhli aka Palie. Moga berbahagia selalu hinggalah ke anak cucu.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu.”
Salaam & cheers~~
p/s: Oh, kenapa model telekung siti khadijah? Sebenarnya, sahabat aku ini pernah menjadi model untuk produk tersebut. Tapi baru-baru ini aku lihat di website produk tersebut sudah tiada gambarnya…almaklumlah, masih belum menamatkan pengajian di IPT, mahu fokus pada pelajaran.









