posted12/07/10

End of Industrial Training, Start of a new semester.

Alhamdulillah, latihan industri (praktikal) ku sudah berakhir Jumaat baru-baru ini. Tamatlah sudah 10 minggu penuh dengan tugasan, deadline, presentation, motivation, discussion, dan tidak lupa tekanan. Meskipun begitu,semua yang pahit, yang meletihkan itu bagaikan tidak terasa sangat apabila bersama kawan-kawan yang sporting. Jumlah mereka yang membuat latihan industri di syarikat ICMicrosystems Cyberjaya semuanya dalam 100 lebih. Aku bersyukur kerana mendapat teman sepejabat yang mesra semuanya. Sungguh, apabila ingin mengucapkan lafaz selamat tinggal dan memeluk rakan sepejabat pada hari terakhir LI aku sebenarnya menahan air mata, jika tidak kerana aku tergesa-gesa ingin pulang (kerana aku menumpang kereta kawan) nescaya air mata sudah mengalir bak air terjun Niagara Falls. (more…)
5 Comments
read more