posted14/07/10

Superman needs to go to gym

I got back home with my body feeling sore all over. Baru tadi kali pertama aku memulakan latihan senaman di Fitness First. Aku menggunakan kupon keahlian percuma selama sebulan yang aku beli beberapa bulan lepas. Benarlah pepatah bahasa inggeris, No pain no gain, kalau tak rasa sakit takkan dapat apa-apa *_*!

Semalam ketika mendaftarkan diri buat kali pertama di Fitness First cawangan PJ ini aku sempat mengisi satu borang kaji selidik. Soalan-soalan yang ditanya kebanyakannya berkaitan dengan tabiat senaman peribadi. Bagaimanapun aku tertarik dengan satu soalan yang ditanya ; Apakah yang menjadi tujuan menyertai latihan Fitness First? Pilihan-pilihan jawapan bagi soalan itu banyak; untuk bina badan, untuk mendapat badan yang sihat, untuk mendapat kecergasan mental, untuk mendapatkan gaya hidup sihat…macam-macam. Tapi yang aku paling tertarik mungkin jawapan, untuk meningkatkan keyakinan diri.

Ya benar, jika kita mempunyai masalah berat badan, keyakinan diri kita akan runtuh, selain berpotensi mendapat pelbagai penyakit. Tapi di sini aku ingin berkongsi tentang mempunyai keyakinan diri dari aspek lain.

Sekarang kita hidup dalam zaman yang mementingkan rupa paras. Adalah normal untuk dinilai dari segi rupa paras dahulu sebelum dinilai dari aspek lain.

Mungkin ramai kawan aku sudah tahu betapa aku tertarik dengan wanita yang kuat dan confident. Wanita jenis yang lantang menyuarakan pendapatnya, tegas dengan pendiriannya dan matang serta mesra dalam pergaulannya sangat membuatkan aku…………ok, cukup. Apa yang ingin aku sampaikan di sini ialah, atitude or self confidence always speaks louder than one’s own looks.

Ya, mungkin kita akan dinilai dari rupa paras pada mulanya, tapi apabila kita mula bersuara, dan bertindak, jika kena pada gayanya, akan membuatkan orang lain terpegun. Tak perlulah kita menghabiskan berwang-wang untuk membeli pakaian untuk bergaya di mata orang lain, mengubah atau mengadaptasi perangai kita untuk menawan golongan tertentu….ketinggian peribadi itulah yang penting.

So, put a big smile on your face, stand straight, get organized, and show the world that your being on this world is going to give a big impact.

Wallahualam.

Salaam & Cheers~

p/s : i dunno if any of my writings make sense. im bad at writing. *_*!

Comments
velasrizal July 14th, 2010 (12:21 am)

senaman itu penting kan xkira siapa…

Pesta Meraikan Kejayaan Spain Julang Piala Dunia 2010

asma' July 14th, 2010 (12:32 am)

nice one, leh jd pakar motivator.. :)

mizah July 14th, 2010 (1:55 am)

e, best tak fitness first???mane dpt kupon free?mcm best…aku dah lame nk pie gym like fitness first.:)

areevekent July 14th, 2010 (4:03 am)

cayala e!!!gud motivation talk from mr. ezzat!!!!

haha but ur 1st drawing 2 i dont likela!!!!mane ade superman gemok!!!ko tgk aku je dh cukup!!!wahahahaha

ezzat July 14th, 2010 (9:55 am)

asma : belajar dari fasi kan. heh.

mizah : best woo, facility die masyuk. trainer die sporting, kalu blur2 panggil je diorg datg mintak tlg. ada ruang santai, air sume free, wohoo. anyway, kupon tu aku beli sem lepas, ada org Fitness first datang bilik kat 2nd jual kupon tu, RM30++ kalu xsilap.

arep : haha, sebenarnya itulah ko dalam 10 tahun akan datang….jaga badan Dr. Arep….kang patient xyakin. ^_^!!

lina mariana July 14th, 2010 (10:52 am)

hohoho…itu rupanya ciri2 wanita idaman mr superman kita….haha

ezzat July 14th, 2010 (1:00 pm)

err, camtu ke?
camtu kot?
ntah. lol~
*_*!

lilacfla July 14th, 2010 (5:43 pm)

haha nak gain ja, pain tanak. boleh?

nak request tutorial untuk lukis org dari pelbagai sudut boleh? multi-pose ke. ehehe

izreenaisya July 14th, 2010 (7:50 pm)

“bro,serius ko kena g gym”
ahhahha.

ezzat July 14th, 2010 (11:24 pm)

lilacfla : hoho, kalau lah boleh nak gain saje, dah lame saya x join gym. heh. Anyway, saya bukanlah orang terbaik nak wat tutorial, but hey, that sounds like a good idea, nak try jugak wat satu….insyaAllah kalau berpeluang. Nantikan ya.

reen : just cheesy kan? :-)

lilacfla July 15th, 2010 (8:22 pm)

Buatlah buatlah. in need of a good tutorial right now. i believe u can make a good one. :D

Add Comment

Name (Required)

E-mail (Required)

Website

Comment (Required)