posted12/07/10
End of Industrial Training, Start of a new semester.

Alhamdulillah, latihan industri (praktikal) ku sudah berakhir Jumaat baru-baru ini. Tamatlah sudah 10 minggu penuh dengan tugasan, deadline, presentation, motivation, discussion, dan tidak lupa tekanan. Meskipun begitu,semua yang pahit, yang meletihkan itu bagaikan tidak terasa sangat apabila bersama kawan-kawan yang sporting. Jumlah mereka yang membuat latihan industri di syarikat ICMicrosystems Cyberjaya semuanya dalam 100 lebih. Aku bersyukur kerana mendapat teman sepejabat yang mesra semuanya. Sungguh, apabila ingin mengucapkan lafaz selamat tinggal dan memeluk rakan sepejabat pada hari terakhir LI aku sebenarnya menahan air mata, jika tidak kerana aku tergesa-gesa ingin pulang (kerana aku menumpang kereta kawan) nescaya air mata sudah mengalir bak air terjun Niagara Falls.




Rakan-rakan dari Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Sains Malaysia, Universiti Pertahanan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa…i will forever miss you guys, you guys rock, if it werent for you my time at ICMic would be forgettable. I pray that Allah grant us the opportunity to meet again, be it in a large group reunion or be it personal acquaintances, if we ever meet again please let’s rewind the memorable times we had together at Cyberjaya and make new fun memories again together. Love you guys, God bless.
Di bawah ini adalah gambar-gambar ketika farewell party di ofis.




Isnin ini bermula semester baru bagi tahun pengajian keempatku di UM. Banyak yang aku pelajari ketika di Cyberjaya, kebanyakannya berkenaan mematangkan diri serta pengharapan/mengabdikan diri di depan Allah. Moga apa yang aku pelajari dapat aku aplikasi ketika di semester baru ini nanti.

Friends forever. See ya.
Salaam & cheers~






Comments
hmm i pn nk stat sem baru gak..xpuas lg holiday..
Jersi Baru Liverpool (Away) Musim 2010/2011
gud luck for ur future my beloved bro~
Semoga Allah permudahkn urusan kamu>>>
aku tibe2 rindu Malaysia~
velasrizal : ahah, sama kita ya…all tha best kepada anda ya.
arep : thanx Dr. Arep…ngeh2. Tau pon rindu Msia, kalu balik ko x roger aku memang aku dendam. Ko dgn Roka…
gud luck.. walaupun skali bertemu di ICmic.. tu pun last day.. hehe.. moga karikatur anda diadaptasikan sebagai wasilah dakwah..
matahariku. thanx. moga berjumpa lagi, dan selamat maju jaya pada anda juga~~