2 weddings, 1 great weekend
Beberapa minggu lepas aku sempat menghadiri kenduri kahwin seorang sahabat dari UM (err, sebenarnya dia kahwin dengan seorang lagi sahabat aku dari UM juga, jadi technically, aku menghadiri kenduri dua org kawan, betul tak?) yang berlangsung di Besut Terengganu. Zul Amirul sebaya dengan aku. Isterinya Ummu tua setahun. Alhamdulillah sekali lafaz sahaja sah akad, heheh.
Kenduri pada hari Jumaat. Malam itu selepas minum di kedai air buah gelas besar dan sempat pula ke Pantai Batu Buruk kami tidur di rumah homestay di Seberang Takir yang selesa ya amat. Esoknya kami sempat berjalan-jalan di sekitar bandar Terengganu dan selepas makan tengah hari kami pulang ke rumah. Entah kenapa aku seperti pelancong yang beria-ia sangat ketika itu walaupun kampung aku juga di Terengganu. Mungkin aku teruja sebab jarang berjalan dengan kawan-kawan aku yang ini.
Macam mana pun, aku rasakan inilah antara pengalaman paling seronok aku bersama mereka.
Ahadnya pula aku ke Bidor,Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku, Ikram, aku panggil dia Along. Seronok rasanya kerana itulah juga kali pertama aku membawa kereta baru ayah aku, Toyota Alphard dari rumah di KL ke Perak.
Mungkin satu lagi peristiwa berharga pada ketika itu ialah kami dapat mengambil gambar sepupu ramai-ramai. Aku tak ingat bila kali terakhir kami mengambil gambar sebegitu tapi yang aku pasti sudah sangat lama.
Ya, yang menangis dalam gambar di atas itu adalah aku. Heh. Kadang-kadang aku tegelak sendirian, bagaimana sesetengah orang ketika muda kulit muka gelap, masa besar kulit jadi cerah. Keadaan aku terbalik pula. Heh (aku sedang ketawa sendirian).
Entahlah, bila lah agaknya kami semua dapat berkumpul, Pakcik Makcik Sepupu Sepapat semua sekali dalam satu gambar (-_-”)~
Salaam & cheers~
P/s : post paling banyak gambar agaknya.
P/s : Wasiat terakhir aku kepada Zul dan Along sebelum bertolak balik, “Nanti dapat anak namakan dia Ezzat ya. Kalau anak perempuan, Ezzati” ~(#^___^#)~
P/s : tambahan gambar diriku yang sengal bersama kakakku dan adikku.














Comments
Ha, tak lama dah tu Tuan Ezzat. Saya doakan dipercepatkan dan dipermudahkan, diperbahagiakan dan diperkekalkan. Amiin.
Tahniah kepada mempelai ;D
berjaya jugak tukar wish pd alphad tu yek.. BEY lg ke?
han ri :ameen. ~~~ heh~ same juga kepada saudara han ri ya.
reen : thank you. eh, bukan saya kan. lol~
asma’ : bukan wish, odyssey. Huhu, skrg dah xde da no plet special. common je. adeyh.