Tiba hujung minggu…
Tiba hujung minggu, hati jadi riang, jiwa jadi tenang, perasaan jadi girang…memandangkan hari-hari biasa memang padat dengan jadual belajar, aku sangat menantikan hujung minggu, sebab waktu inilah aku dapat merehatkan diri, di samping melakukan aktiviti-aktiviti luar aku. Banyak juga perkara yang aku tangguh kerana tak mampu dilakukan waktu hari biasa, seperti projek website aku bersama kawan aku Muhammad aka Mike, design poster dan banner untuk pusat tuisyen dia, ulangkaji pemelajaran dan beberapa program lain.
Masih lagi perkara yang sama, latihan digital painting, nothing new. Di bawah ini sebenarnya ditiru dari lukisan asal yang dilukis oleh Benjamin Zhang dari China. Beberapa ketika ini aku asyik menghasilkan digital painting sebab scanner aku ada pada Mike yang sedang sibuk melakukan projek fotografinya, aku terpaksa melukis tanpa menggunakan kertas.
Hujung minggu ini beberapa program menarik perhatian aku, dan aku berharap dapat juga berkongsi dengan sahabat-sahabat semua.
1. SEMINAR WACANA MINDA REMAJA : HIJRAH CINTA
Oleh : Ustaz Hasrizal (saifulislam.com)
Tarikh : 10 Januari 2010 (Ahad)
Waktu : 8.30 pagi – 12.30 tgh
Bayaran : RM10
Tempat : Balai Ungku Aziz
2. PUBLIC FORUM : ALLAH – SIAPA YANG PUNYA?
Panel : YB Khalid Samad, Tan Sri Murphy Pakiam (Ketua Paderi Roman Katolik KL), Dr Asri
Tarikh : 11 Januari 2010 (Isnin)
Waktu : 7.45 mlm – 10.30 mlm
Tempat : KL Selangor Chinese Assembly Hall
3. CERAMAH HABIB OMAR (direct descendent of Prophet Muhammad P.B.U.H)
Tarikh : 11 Januari 2010 (Isnin)
Waktu : 6 ptg – 10 mlm
Tempat : Masjid al-Falah, USJ 7, PJ
Roommate aku baru saja membeli 3-in-printer, maka boleh aku gunakannya untuk scan lukisan di atas ini. Oh seronoknya dapat melukis menggunakan pen/pensel dan kertas.
Salaam & cheers..~







Comments
yeay!1st t0 c0mment…
wah..smkin maju.sekarang da alm0st full b0dy.. g00d2.. keep it up.
n thanx f0r the inf0. =p
Tiba hujung minggu, hati jadi riang, jiwa jadi tenang, perasaan jadi girang… (^^)
alhamdulillah.hehhe.
neway,love your artwork using pen/pensil + paper :O)
KEEP UP it dude!
EA, seriously masa tengok digital painting di atas, nak tanya kenal ke Benjamin Zhang. Sebab lukisan itu mengingatkan saya pada karyanya..
Rupa2nya, mmg merujuk pada dia.. Huhu..
Saya mula meminati karya EA dengan terujanya..! Haha!!
p/s: berapa reger tablet? berminat sbnarnya.. Huhu.. xde yg murah sket ke.. mklumlah.. studnt.. hehe..
saya jumpe lukisan die dalam majalah “popcorn”, kluaran GempakStarz
byk gak ar artwork dlm tuh leh jadi rujukan
urm, saya beli wacom bamboo fun, small, size a5
dalam rm400 kalu xsilap
tapi skrg da ada yang wacom bamboo touch
reger die same je tapi lagi best woo, bleh maen touch2 cam iphone..hoho, geramnyer..nak jugak. *_*!
saya beli novel grafik dia.. popcorn ade gak..
dalam novel grafik ‘Remember’, dia wat komik guna wacom..
dan letak banyak atwork dia kat dalam 2.. cantik2..
sejak itu la saya berminat nak cuba wacom.. huhu..
err… mana nak dapt bamboo fun or touch 2?
huhu..