posted11/12/09

Alhamdulillah

Alhamdulillah…
Aku terus rebah, melutut, gembira dengan apa yang aku nampak tempoh hari, mulut aku mengucapkan lafaz syukur…
Alhamdulillah…
syukur

Baiklah…tak adalah se-dramatik dalam lukisan di atas, tetapi itulah yang terjadi tempoh hari, ketika aku melihat “perkara itu”. (^_^!)

Syukur.

Hari ini 10/12/09 pelbagai perkara yang menggembirakan berlaku pada aku. Aku dapat juga berjumpa dengan En.Wanzu (refer previous post “Here I Am“) dan hasil dari pertemuan kami petang tadi sangat menggembirakan + memberi semangat kepada aku. Sebelum balik dari pejabat PTS Publication di Batu Caves itu aku sempat membeli beberapa naskhah komik keluaran Komik-M, PTS (kononnya nak buat rujukan) dan bertemu pula seorang senior sekolah aku yang kebetulan bekerja di situ. Dia memberikan diskaun kepada aku…seronoknya.

Kemudian aku pulang dan mendapati komputer desktop dan 3-in-1 printer+scanner yang ayah tempah dari PC Fair baru ini dah sampai, menggantikan komputer rumah yang sudah kuno itu. Alhamdulillah. Selepas ini senang untuk aku melukis-lukis + mengedit apabila berada di rumah, tak perlu lagi aku pulang dari UM membebankan diri membawa laptop dan scanner.

Esok aku akan ke Singapura bersama keluarga.

Salaam & cheers~

Update : Ini untuk disharekan kepada teddybearhijo…ada collection of ebook yang saya download sbg nak blaja lukis. Banyak nih. Kebanyakannye kene download dari rapidshare…klik sini BIG COLLECTION OF DRAWING BOOKS

Comments
marinata December 11th, 2009 (12:16 am)

waaaaa… ko g sngapore ke sok?
spatutnyer ak pon g sngapore ahad ni..huuu
tp cancel..kuikuikui~=(

smart2 pict background hitam..hueee~

-m3- December 11th, 2009 (12:39 am)

alhamdulillah…=)

freshie December 11th, 2009 (7:00 am)

wah jumpe wanzu ye..best lukisan kat atas ni. bolehlah gune nnt. sy juge insyaallah ke singapore bersama faily hari ini. hahah kebetulan

Han Ri December 11th, 2009 (7:18 am)

Wau, saya cemburu kerana Ezzat sudah bertemu bos. Apapun, selamat maju jaya, Ezzat. Gunakan bakat untuk Islam! ;)

anonymous December 11th, 2009 (3:55 pm)

gud luck..

fairuspeng December 11th, 2009 (4:51 pm)

wah.. hebat dah ni…
selamat maju jaya

izreenaisya December 12th, 2009 (4:43 pm)

perkara itu? heee~ alhamdulillah :)

*buat2 tahu*
heeeeee~ ;p

ezzat December 14th, 2009 (11:05 pm)

just got back from singapore….tiring experience tapi sangat menarik

@marinata : ko pegi sane ada apa? camne leh cancel pulak? sian…heheh

@-m3- : alhamdulillah :-)

@freshie : wah kebetulan juga pergi sane eh…rasenye yang plg menarik di singapore ialah pulau sentosa…dan sangat sesak di singapore skrg, sbb dah nak dekat krismas kan..

@Han Ri : bos? eheh…kebetulan rupa2nya rumah die pon dekat sangat dengan rumah saya, pasni kalau ada apa2 projek senang ar, saya either jumpe die di pejabat kat batu caves tak pon bertandang je kat rumah die nanti…heheh

@anonymous : syukran

@fairuspeng : nope..blom hebat. awan masih tinggi. saya lompat masih rendah.

@izreenaisya : haha, buat2 tau jela eh….nak tau betol2 pon kene figure out sendiri…xnak gtau~

p/s: oh ya…ada commenter (teddybearhijo) mintak saya share-kan reference utk melukis, die komen kat post saya “Here I Am” tapi saya ter-upload pulak link utk koleksi ebook saya kat post nih…xpela…sesape yang ada kat cni bleh ar try2 tgk. Saya byk download ebook kat internet je….ada link tuh kat post atas…saya baru update..

Add Comment

Name (Required)

E-mail (Required)

Website

Comment (Required)