posted03/12/09

The ninja, the vampire and armageddon…

Bagi sesiapa yang mengenali aku akan tahu yang aku ini seorang moviegoer (movie-go-er). Walaupun definisi sebenar moviegoer adalah orang yang ke panggung wayang untuk menonton filem, definisi aku ialah org yang suke menonton filem, sangat (ok, probably perkataan movie-maniac lebih releven kot….heh, takpelah) sebab aku bukannya suka sangat menghabiskan waktu di wayang, aku lebih suka menonton filem di rumah (hasil download, belian dvd, dll).

Dan tiap-tiap kali aku menghabiskan satu-satu filem mulalah banyak perkara yang timbul dalam benak kepala aku. Banyak perkara yang aku mula fikirkan, sama ada berkaitan dengan filem yang aku tonton, pelakon-pelakonnya, special effects-nya, pengaruh hollywood ke atas pemikiran anak-anak mudalah….macam-macam.

The first thing i do everytime i step out of a movie theater or after finishing a movie is, i use my instincts and experience watching over thousands of movies over my lifetime to rate that film. Entah macam mana aku dapat expect satu filem itu akan berjaya atau tidak di panggung…seperti ketika aku menonton Daredevil, dan Catwoman, aku tahu ceritanya membosankan dan takkan berjaya, ketika aku menonton The Dark Knight, bulu roma aku meremang, dan aku dapat rasakan yang ia akan mendapat pulangan yang tinggi (hampir mengalahkan rekod filem Titanic), ketika aku menonton The Usual Suspects dan Oceans Eleven, aku dapat nilai jalan ceritanya yang menarik dan lakonan yang mantap, ketika aku menonton Casino Royale, aku tahu cerita itu sangat hebat dan akan sangat berjaya dan ketika aku menonton sequel-nya Quantum Of Solace, aku tahu ia takkan berjaya seperti Casino Royale…dan tekaan aku selalunya betul. Selepas beberapa minggu atau bulan, aku akan masuk ke laman web RottenTomatoes.com dan akan lihat apa kritik dan ranking filem-filem di panggung. Tepat sekali jangkaan aku.

New Moon

Jadi, baru-baru ini aku sempat menonton filem Twilight:New Moon dan Ninja Assassin, dan aku takkan memberikan review atau spoiler dalam post ini, cuma sedikit luahan bagaimana aku rasa setelah menonton filem tersebut.

Bermula dengan New Moon, kesimpulan yang dapat aku beri ialah, wanita hanya akan ke wayang untuk menonton New Moon kerana nak lihat pelakon lelaki utamanya, Rob Pattinson, dan lelaki akan ke wayang untuk menonton New Moon kerana teman wanita mereka paksa mereka teman. Dont get me wrong. I dont hate that movie. Its just that I overestimated it. Setelah melihat gelombang peminat yang tergila-gilakan filem Twilight dan melihat peminat-peminat kaum hawa yang menjerit-jerit ketika melihat Rob Pattinson beraksi, aku fikir, filem ini tentu sangat hebat. (NOTA : Aku belum tonton lagi Twilight…mungkin akan berbuat demikian dalam masa terdekat). Jadi, aku fikir RM11 yang aku bayar untuk tiket wayang New Moon itu berbaloi (aku menontonnya pada malam premierre…alangkah semangatnya *_*!) tapi setelah melangkah keluar dari wayang, filem itu kurang dari expectation aku. Heh, sekali lagi, bukannya aku tak suka filem itu, aku suka, bahkan aku akan ke wayang lagi untuk menonton sequel-nya, cuma filem itu bagi aku bukannya terbaik dari beberapa aspek. Oh ya, perkara yang aku fikirkan ketika aku duduk menghadap skrin besar panggung ketika New Moon ditayangkan ialah 1. Cantik betul tubuh badan Jacob yang sasa (nak jugak badan camtuh), dan 2. Perempuan rupanya suka lelaki yang blur cam Edward Cullen??

new moon

Ninja Assassin

Beralih ke filem kedua, Ninja Assassin. Jika New Moon filem untuk wanita, filem Ninja Assassin filem untuk para remaja lelaki dan pemuda-pemuda lelaki yang merasakan aksi-aksi kungfu sangat cool. Bahagian permulaan filem ini dah menunjukkan betapa ganasnya cerita ini, dengan bahagian-bahagian badan yang putus dan darah yang memancut-mancut. Filem ini membuatkan kita berkata karakternya sangat, *maaf jika saya sebutkan, badass (atau dalam pengertian bahasa melayunya, otai yang teramat sangat). Ya, aksi perlawanan dan special effect dalam filem ini sangat menarik, tapi story-wise, aku nampak banyak kekurangan dan aku yakin, pasti mendapat rating yang rendah. Still, aku masih enjoy menonton movie ini. Jadi, sepanjang aku menonton filem ini aku tak dapat nak elak memikirkan kenapa Rain kelihatan seperti perempuan, dan kenapa wataknya dalam filem ini mempunyai parut di seluruh badan tapi tak ada satu parut pun di mukanya?? Bagi aku, ninja mesti sangat hodoh, berparut mukanya kesan luka pergaduhan lampau, tapi Rain sangat jambu…adeih.

Melangkah keluar dari wayang, aku berfikir, aku pun nak jadi seorang ninja! Tapi ada ke ninja muslim? Sedangkan tugas ninja ialah jadi pembunuh upahan. Aku yakin ramai yang dah tonton filem 300 (cerita pasal spartan tuh…), bila aku melangkah keluar selepas menonton filem itu aku memikirkan alangkah bagusnya jika semangat juang spartan itu ditafsirkan sebagai semangat jihad yang tinggi dalam golongan muslim sekarang. Aku memikirkan alangkah bagusnya kalau spartan itu semuanya Islam, heh. Perkara serupa yang aku fikir ketika habis menonton Ninja Assassin. Andai aku menjadi seorang ninja, aku dapat menggunakan ilmu aku untuk melawan musuh-musuh Islam, menyelinap dalam kem atau ibu pejabat musuh yang sedang memerangi Islam dan membunuh mereka (ok cukup, dah mula ganas sangat…). Well, lebih kurang begitulah pemikiran aku.

Ninja Assassin

2012

Akhir sekali, filem 2012. Aku belum tonton filem ini, tapi berdasarkan pengalaman dan apa yang diceritakan oleh kawan-kawan aku, aku mendapat tahu serba sedikit plot ceritanya. Pengaruh media sangat, aku ulang, SANGAT memainkan peranan dalam membentuk pemikiran umat dunia, dan memandangkan filem-filem Hollywood sangat berpengaruh, minda kita juga dibentuk bagaimana Hollywood mentafsirkan segala sesuatu. Filem-filem Hollywood menampilkan watak vampire sebagai golongan yang berpakaian kemas, dan sofistikated sejak dari zaman filem Dracula lagi era 30-an dulu. Filem menampilkan hero-hero bertubuh sasa dan macho seperti James Bond, dan sudah menjadi benchmark atau juga reference untuk para lelaki meniru imej itu. Jadi filem 2012, seperti yang telah diceritakan padaku, di akhirnya masih ada orang yang terselamat dan survive, melarikan diri dari kehancuran waktu kiamat dengan menyelamatkan diri dalam kapal terbang. Mana mungkin? Sedangkan jika tiba kiamat takkan ada suatu kehidupan pun yang tinggal. Aku memetik kepada surah al-Qiyamah dalam al Quran:

“Dan bulan digerhanakan (ditelan), Dan matahari dan bulan dikumpulkan bersama, Pada hari itu, manusia berkata, “Ke mana hendak lari?”. Tidak sekali-kali! Tidak ada tempat berlindung. Pada hari itu, tempat menginap adalah kepada Pemelihara kamu.” [al-Qiyamah, 75: 8 hingga 12]

Jadi beginilah Hollywood terus menerus membentuk pemikiran manusia, memikirkan bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja, termasuk menandingi kuasa Allah dan terus merosakkan aqidah umat yang tidak berfikir. *Sigh. Nevertheless, aku tetap akan menonton filem ini kerana kualitinya dan ceritanya.

Cuti ini, sambil-sambil aku cuba untuk menghabiskan beberapa buah buku, aku meng-download semua filem James Bond, 23 filem kesemuanya dari Dr.No (1962) hinggalah Quantum of Solace (2008). Kenapa? Kerana aku memang movie-maniac…

P/S : Cakap pasal ninja muslim ni teringat pula satu blog Ninjabi…(ninja + hijabi = ninjabi ^_*!). Check it out~

P/S : Pelik, walaupun aku sendiri tak suka membaca post yang terlalu panjang entah mengapa aku tak boleh menahan diri untuk menulis post sebegini panjang. Tak apalah, siapa yang tak mahu baca, tengok aje lah gambar2 yang aku lukis…~

Comments
-m3- December 3rd, 2009 (11:45 pm)

dan bercakap pasal ninja muslim juge, membuatkan saya teringat akan komik bidadari besi (http://www.scribd.com/doc/17447955/Komik-Bidadari-Besi)…=)

emm, nice point of view tho…robert pattinson dlm harry potter lg ok kot, walaupun die mati in the end…hoho (abaikan)

what is more important in a movie? jalan critenye kah, or the way it delivered? (macam both je in ur case)

ezzat December 4th, 2009 (12:32 am)

thanx for the share…sedang mengdownload (agak lembab pule…)
yep, both….interesting plot dan xstereotype akan membuatkan kita surprised degn outcome dan terus berminat utk fokus kat citer
then, way it is delivered pon penting, dialog yang best sume….haha
lol~
ada stengah citer xperlu efek byk2 atau stunt yang giler2….tapi still leh buat saya tertarik till the end, and bleh mengalir air mata (xsemestinya sbb citer tu sedih tapi sebab astonished dgn jalan citer die…*_*!)

me and my philosophies…*haih~

lala~ December 4th, 2009 (12:42 am)

good movies are great, but certain are only for entertainment purpose. hollywood produces excellent stuffs. the cgi and all that. tp kite kena tau limitation la.

amek cth new moon. basically its a love story, sb tu laki tak suke sgt. and mostly the audience are teenage girls. i dont think the movie gv the right msg tho. its okay to abandon your studies, family and friends for thing called love? whoaa..
some girls might take that as their advice in their love life if they take it seriously. hopefully not. hopefully it is just a foolish fantasy of a girl.

another one is local film ‘Pisau Cukur’. it was actually quite good. i was laughing throughout the movie but as i went out from the cinema, i asked myself, what was actually the moral of the story? honestly, nadaaa…zero…takde lgsg nilai moral. lgsg berbeza dgn budaya org melayu apatah lagi nilai2 islam.

mcm agak tersimpang plak takpe la. enjoy the movie and do a bit of reflection after that :)

ezzat December 4th, 2009 (1:27 am)

true, i believe some are merely for entertainment purposes….so whats the big deal kan, eheh
usually saya menilai a movie based on its quality, ie: strength of plot, flow of scenes, characters…blablabla. Jarang gak saya mencari nilai dalam movie (dun hate me for this…adeih) probably coz nak menilai the movie for what it is, simple example movie Punisher, karakter nih membunuh org jahat sbb pihak berkuasa xmampu wat kerje yang memuaskan…heh, nilai yang agak teruk kan, but i try to evaluate based on the movie itself (tapi memang movie tu x compelling sangat pon..)
Tapi betullah, memang nilai moral dari filem yang penonton akan ikut, if not purposely, accidentally, under their sub-conscious mind sbb mende tu dah register dalam kpale kan. So, nice point…and, yea, it all comes down to ur last quote “enjoy the movie and do a bit of reflection after that”

heh, thanx for the share

Han Ri December 4th, 2009 (12:06 pm)

E.A, Snake Eyes tu ialah Toad dalam cerita X-Men. Hehe.

ezzat December 4th, 2009 (2:01 pm)

dan juga Darth Maul dalam Star Wars episode 1… :-)

cerimanis December 4th, 2009 (4:18 pm)

xaci xtgok pon lg new moon~~~

Han Ri December 5th, 2009 (9:35 am)

Tapi mukanya yang sebenar tu hanya dilihat bila memegang watak Toad. Darth Maul tu tak berapa nampak wajah dia. Kan?

Yang terbaru, khabarnya dia ada pegang watak dalam filem aksi juga. Tak ingat namanya. Apa eh? King of Fighters ke?

wani December 5th, 2009 (4:01 pm)

“..Perempuan rupanya suka lelaki yang blur cam Edward Cullen??” haha! pompuan xsuke laki yg tergesa2 mcm jacob..=P edward cool..hihi~

misshannan December 5th, 2009 (11:36 pm)

2. Perempuan rupanya suka lelaki yang blur cam Edward Cullen??

>Oh tidakkk!!!……huhu

ezzat December 6th, 2009 (3:07 am)

ya2
btol eheh…

hurm. KOF ye? Menarik, thanx for the info…walaupun saya lebih familiar dgn game street fighter dan tekken shj

ezzat December 6th, 2009 (3:11 am)

cerimanis : huhu….beli je dvd nanti. sume org da tgk kot. :-s

wani & kak hannan : die sgt blur ok, cakap pon tgk lantai je memanjang. So prmpuan xsuke laki2 yang rush eh? haha, thanx for the tip…lol~

aihaz December 6th, 2009 (8:37 am)

salam…
time kasih, mohon sokongan…
sy br lg dlm dunia ni (“,)

lala~ December 6th, 2009 (10:10 pm)

tapi tak sume perempuan suke laki cm edward. i sense boring. lalala~
guys pls. jgn la ckp cm edward memanjang. can b boring sometimes. haha.
some girls suke laki yg da mmg sedia ada, tak payah nak pk problem lain :P

M|ke December 7th, 2009 (8:07 am)

mai tengok ninjaa

boikot new moon..
bella tak cun… eheheh

misshannan December 7th, 2009 (1:53 pm)

ezzat……
>Oh tidak akak tu merujuk pd edward ler….huhu

yup…blur mamat tu (abeslah akak dimenyampahi oleh peminat2 edward aka Team Edward)…yup..sy Team Jacob!~

ezzat…bukan tak suke lelaki rush…depends kpd that gurl la…

tp rush sgt pun tak buleh…
kalau slowmo jek pun….letih tunggu ler kekdahnyer…wakaka

ezzat December 7th, 2009 (11:26 pm)

hahaa….ok2 baru faham
xpe kak…saya xblur, pandai2 saya la nak adapt.
be myself kan *_*!

p/s: Team Edward Blur ada, Team Jacob Tuff pon ada….saya nk tubuhkan Team BElla camni~

ezzat December 7th, 2009 (11:29 pm)

aihaz : sama2 ^_*!..all da best

lala~ : dah2..sume org berenti cakap psl edward dan ciri2 “laki ideal” nih….adeih…ahah

M|ke : ninja cool bebeh~..
p/s : aku da join Team Bella…xleh ar camni~

mr.t December 8th, 2009 (1:38 pm)

ak mahu bella juge…boikot mike!!!

Add Comment

Name (Required)

E-mail (Required)

Website

Comment (Required)