posted31/10/09

Aku yang hina…~

Heh, aku keluarkan juga satu post meskipun aku dah berjanji pada diri aku tidak mahu menulis apa-apa dalam blog ini buat sementara waktu dalam fasa peperiksaan, namun apa kan daya, bila baca2 tapi apa pun tak faham, tangan mula memegang pensel dan melukis (^_*!)

So, tatkala aku duduk bersendirian dalam bilikku mengulangkaji pemelajaran untuk exam yang kian hampir, dan bila aku baca dan terus membaca tapi semua yang kubaca seperti deruan angin yang lalu untuk sementara waktu, terasa kehadirannya, tapi hilang kemudian (lol!) aku mula termenung, dan mulalah bermacam-macam bermain dalam benak kepala aku.

Aku mula mengenangkan dosa2 ku yang lampau. Teringat pula bait2 dalam lagu Raihan – Damba Cinta Mu :

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

(Tiap2 kali aku dengar dan hayati lagu ni, air mataku mesti mau mengalir, kepada sesiapa yang belom pernah dengar dicadangkan cari di youtube).

Kadang-kadang aku berfikir, meskipun aku tahu dan meyakini bahawa ALlah itu Maha Pengampun, dan mengampunkan setiap hamba-Nya yang bertaubat, aku tertanya, layakkah aku mendapat pengampunanNya? Sedangkan aku sering mengulang kesilapan dan dosaku, kemudian insaf, kemudian melakukan kembali kesilapan, kemudian insaf….dan begitulah keadaannya berulang.

Dan andai Allah mengampunkan jua dosaku, ku sering merasakan diriku kotor dan hina kerana hakikat dosa yang pernah dilakukan.

Ya Allah, aku tak sanggup hidup di muka bumi Engkau ini tanpa pengampunan dan redhaMu.~

Aku takut…

Dan kerana itulah aku melukis gambar di bawah ini, sebagai memperingati aku betapa aku memerlukan sahabat, untuk terus menegur aku, untuk terus mengingatkan aku, untuk terus membetulkan aku, untuk terus membimbing aku, untuk terus mendampingi aku.

Photobucket

Lagi-lagi waktu studi ni, aku memerlukan sahabat untuk sama-sama menelaah pelajaran kerana susah betul bila studi bersendirian ^_*!. Rabbana yassir walaa tuassir, Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa anta taj’alna huzna iza shi’ta sahla.~

Bittaufiq wan najah fil imtihan~

Comments
sahabatmu October 31st, 2009 (11:01 pm)

tma kacih sahabat……
aku benar2 tersentuh dengan
post kali ini…
tma kacih sbb sedikit sebanyak menyedarkanku.
sma2 kita tingkatkan iman….
semoga Allah sentiasa bersama denganmu..
amin…

ezzat October 31st, 2009 (11:18 pm)

sama2 sahabatku
sekadar perkongsian…dan peringatan khususnya buat diri ini yg lemah

M|ke November 2nd, 2009 (7:38 am)

sabar E…
sebenarnyer ko da mungkiri janji
tak nak post
ak pun terpanggil giler nak post nie
ehehe

fitrah November 4th, 2009 (12:52 am)

Tak best kan study sorang..zilah balik!jadi aku homesick..
hoho

Add Comment

Name (Required)

E-mail (Required)

Website

Comment (Required)