Hari Ibu…muhasabah diri buat Sang Anak
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa tarikh untuk Hari Ibu berubah-ubah tiap2 tahun dan tidak sama di semua negara. Di negara kita sambutannya adalah pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei (dan paling byk negara menggunakan hari ini sebagai sambutan hari Ibu). Di negara lain ada yang menyambutnya pada Ahad pertama bulan Mei, ada yang Ahad terakhir, ada pada bulan Mac, Ogos dan juga Disember (*_*!). Tahun ini, hari sambutan itu jatuh pada 10 Mei. Hari yang penuh bermakna buat insan2 bergelar ibu, hari yang direzabkan untuk meraikan jasa2 dan pengorbanan mereka yang tidak mengenal erti letih atau lemah.
Sebenarnya post aku hari ini bukannya untuk didedikasi kepada ibu aku sangat, tapi lebih kepada muhasabah diri aku (dan juga untuk rakan-rakan) tentang sambutan masyhur yang kita raikan sangat ni saban tahun.
Khutbah Jumaat baru2 ni ada menceritakan satu hadith yang seringkali aku dengar tapi seringkali juga aku lupa untuk hayati :
Hadis Abu Hurairah katanya:
Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w bersabda: Ibumu. Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.
Heh, aku yakin ramai yang pernah dengar hadith ni, paling kurang pon dalam lagu Your Mother, Yusuf Islam & Kids. Jika tidak kerana tingginya martabat wanita bergelar ibu ini, kerana besarnya pengorbanannya dan hebatnya kasih sayangnya manakan mungkin Rasulullah menyebut ibu tiga kali sebelum menyebut ayah. Itulah bentuk kasih sayang yang dianjurkan dalam Islam, namun hakikatnya jarang skali Ibu kita dahului dalam memberikan kasih dan sayang kita. Selalu sahaja kita mendahulukan kawan-kawan, teman-teman laen bahkan mungkin juga kekasih lebih dari mendahulukan kasih kita untuk Ibu. Mudah sahaja hendak membelanjakan wang yang banyak untuk bergembira bersama kawan, membeli hadiah untuk kekasih, dan perkara-perkara lain sedangkan untuk menghargai Ibu susah sekali. Mungkin juga ada antara kita yang lebih mengetahui birthday dan tarikh2 penting sahabat2 kita berbanding dengan birthday ibu kita. Astaghfirullah. Ketahuilah bahawa kita mungkin melupakan birthday ibu tapi ibu tidak, tidak pernah akan melupakan birthday kita kerana saat itulah dia bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia, tidak sabar2 untuk menatap wajah kita yang selama itu membebankan jasadnya. Dan macam mana pun keadaan fizikal kita dilahirkan, sempurna, cacat, hitam, putih dan sebagainya, dia menerima kita seadanya dan merasakan berbaloi segala penyeksaan yang telah dia lalui kerana dapat bersama kita akhirnya. Malulah kita yang melupakan hari jadi ibu. Malulah amat.
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau Kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia. [al-Israa' : 23]
Hati orang tua ini sangatlah lembut, sangatlah ‘fragile’. Mudah sahaja untuk melukakan hati mereka. Ayat quran ini jelas melarang kita untuk melafazkan kata-kata yang kasar kepada ibu bapa tetapi cuma berkata perkataan2 yang molek saja agar untuk menjaga hati mereka. Alah, bukan sahaja perkataan ‘ah’, membuat muka monyok atau masam sikit je ketika ibu meminta tolong pun dah boleh menghancur luluhkan hati si ibu. Apatah lagi yang meninggikan suara ketika bercakap dengan mereka. Tidak akan masuk syurga anak2 yang menderhaka pada ibu bapanya.
Aku teringat satu lagi hadith yang aku pelajari ketika di PASUM dulu:
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.
Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.
Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “.
Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad Celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.” (Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad � no: 644)
Jibril telah mendoakan tiga perkara ini dan diaminkan pula oleh kekasih Allah, Muhammad S.A.W. Ingin aku fokus pada golongan kedua yang disebutkan di atas. Rugi sangat (bukan saja rugi, bahkan celaka lagi (*_*)) anak2 yang ibu bapanya dah tua tapi still itu tak menjadi penyebab untuk die masuk ke syurga. Sedangkan ketika kite masih kecil ibu dan ayahlah yang menguruskan setiap inci tentang hidup kita. Merekalah yang menyuapkan kita, membersihkan dan memandikan kita, menghantar kita ke sini ke sana, mengeluarkan perbelanjaan untuk kita. Sekiranya adik beradik kita ramai, stiap orang adik beradik kita merasai perkara yang sama. Namun adakah kita mampu untuk melakukan yang sama kepada mereka sedangkan mereka cuma dua orang, tidak terbanding dengan apa yang mereka dah lakukan untuk adik beradik kite yang ramai.
Aku sering bertanyakan pada diri aku, andai kata salah seorang daripada Ibu Ayahku pergi dulu, mampu ke aku nak menguruskan jenazahnya dan mengimamkan solat jenazah nanti? (Aku mengajak rakan-rakan bermuhasabah skali…). Aku takut aku tak mampu, dengan takat mana ilmu yang aku ada ini, dengan tahap kematangan aku yang sedia ini. Aku juga menyedari, walaupun aku anak kedua (di atasku ada seorang kakak), tapi aku masih anak lelaki yang sulung. Dan aku menyedari bahawa jawatanku di rumah umpama timbalan ketua keluarga, yang akan melindungi dan menjaga ahli keluarga ketika ketiadaan ayah. Aku takut aku tidak mampu, tak terbanding kehebatan ibu bapaku.
…sempena sambutan Hari Ibu ini, perlulah untuk kita bermuhasabah balik. Adakah kasih sayang yang kita berikan kepada ibu setanding dengan kasih yang telah dia berikan? Adakah kita mampu untuk menjaganya ketika umurnya dah lanjut? Adakah selama kita hidup berjalan di atas muka bumi ini kite pernah menghargainya sebagaimana die menghargai kita? Adakah kita pernah ucapkan “terima kasih ibu” atau “aku sayang ibu“….? Fikirkanlah.
Mungkin susah untuk kita melafazkan ucapan manis itu. Malulah. Seganlah. Macam2. Aku terjumpa video ini di youtube, hampir menangis aku dibuatnya. Jika aku malu untuk melafazkannye sekarang, bila ibu dah tiada, aku takut aku akan menyesal kerana tak mengucapkannya setiap hari ketika dia masih ada…
LAFAZ YANG TERSIMPAN
Aku sayang ummi, sangat.
p/s: aku sangat sentimental berkaitan ibu ni. Jadi aku xnak tulis mende yang menyedihkan, takut tak siap aku menaip, dok menangis dpan laptop (*.*!)~











Comments
Lukisan2 untuk post kali ini aku dedicatekan khas kepada kawan2 aku yang dah kehilangan ibu
(u know who u are…my best friend from MRSM jasin, my friends from PASUM, and several friends in 1st degree)
kehilangan yang korg rasai xkan mungkin dpt aku fahami
p/s:aku xnak tulis sajak, pantun atau puisi…xreti, org pnah gelak. So lukisan ni jela termampu untuk korg~
wuuuuu…sgt sedih..pic nyer sajer sudah mencengkam kalbu…i love my mum 2..
sume org pun sentimental kalau ckp pasal ibu….i’m one of them!
…sya nanges tgk video ini….bengkak mata sudah..hu~
thanx e…appreciate it!
same2la sedekahkan Al-Fatihah…
ibu tak pernah putus-putus mendoakan anak-anak~
macam drama seh…
h
Super post, Need to mark it on Digg
Rufor
u dont have to be a poet to express how u feel. just be urself n u did a great job by doing that. cantik giler gambar u lukis. nice blog anyway! kinda cool..
kawan2 PASUM tak de tittle best frens ke..?
i wonder which lukisan represent me..?
Best friends in PASUM? Most definitely ada…just sebab nak generalise-kan kat cni. Ahah, dun worry
Neway, i suppose there’s only one pic of a girl wearing specs in this post. Still wondering?
*wink*~
huhuhu….
isk isk isk…
nothing to say~
just proud to be one of your friends….
tangkap syahdu…
ye…aku tau ape ko nak cakap sebenarnye
aku pon sayang ko
(*_*!)~
*wink* aku nak letak kat blog..ngee~:P
heh…silakan
kalu nk yang resolution tinggi or lagi kemas lagi aku bleh emelkan
*double wink*
nak!…ni yg aku sayang ko nii..hohoh
e..dgn gmbr dalam buletin kalau ade…lalala~[mintak lebih2]
insyaAllah pas aku emel aku gtau ko
erk..gambar dlm buletin tu yang mane plak?
hoho…bagi betis nak paha
ak bc post ne dgn mama ak skali..
huhu, romantik x…
heee..
neway, mak ak ckp, lukisan sume cantik!!!:)
romantik woo~
heheh, segan lak ko tgk ngan mama ko
[...] exactly a year ago i wrote about Mother’s day (you can read here) and now here i am writing a new one. Never realized that my blog is over a year old now, (cheers [...]