posted03/02/10

Melayan nafsu…

Sumber :http://redzx.multiply.com/journal/item/45

“Dalam sebuah kitab karangan ‘Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : “Wahai akal mengadaplah engkau.”

Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : “Wahai akal! Siapakah saya?”. Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan saya dan saya adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.”

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.” Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : “Wahai nafsu, mengadaplah kamu!”.

Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah saya?”. Lalu nafsu berkata, “saya adalah saya, dan Engkau adalah Engkau.” Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah saya?”. Lalu nafsu berkata, “saya adalah saya dan Engkau adalah Engkau.”

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah saya?”. Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, ” saya adalah hamba-Mu dan Kamu adalah Tuhanku.”

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab jika nafsu yang mengawal kita maka kita akan menjadi binasa.

********

Teringat kata-kata naqibku dulu, nafsu ini macam anak kecil, tak boleh layan sangat, nanti menyusahkan pula. *_^!

anak-kecil

Salaam & cheers..~

3 Comments
read more
posted01/02/10

Mau kahwin sudaaa…^_^

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir [ar-Ruum:21]

Di bawah ini adalah hasil kerja orang yang malas. Artwork yang belum siap akibat sangat tak sabar…oh, ajarilah aku hakikat sabar. Aku memulakan artwork ini di muka perempuan itu, kemudian beralih kepada lelaki dan kemudian seluruh anggota yang lain. Mungkin sebab itu aku paling berpuas hati dengan muka perempuan itu, sebab aku menghasilkannya dengan penuh teliti.

kahwin-full

Pada 20 dan 21 Februari 2010 akan diadakan kursus kahwin anjuran Kolej Kediaman Ibnu Sina, Universiti Malaya. Bayaran yang dikenakan ialah hanya RM70 (termasuk sarapan & makan tengah hari untuk kedua-dua hari program). Sijil dari JAKIM akan diberikan dan tiada tamat tempoh (biasanya ada tamat tempoh ke? Aku tak tahu…al maklum, belum kahwin lagi *_*!)

Penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Aku yakin ramai kenalanku yang sudah berada di tahun akhir pengajian sudah mula memikirkan tentang perkahwinan, jadi apa salahnya menyertai program ini, at least, it’s a first step (^_*!), eheh.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 13 Februari 2010.

Jadi sesiapa yang berminat, jangan segan silu menghubungi orang berikut

Khairuddin (019-6347975)

Yana (017-3122295)

Hilmi (019-5543483)

Oh yea, check out their blog for more information here. They have a pretty cute blog i must say ^_*!

Salaam & cheers..~

9 Comments
read more
posted01/02/10

Spending time with me…lol~

Lama sungguh blog ini ditinggalkan berhabuk. Ya ampun. Bukannya aku tiada idea untuk tulis atau kongsi, banyak, contohnya kes curang Tiger Woods, kes pembunuhan 4 beranak di negara kita baru-baru ini, SUkan Mahasiswa UM (SUKMUM), pilihanraya kampus…ada sahaja perkara hendak aku kongsi tapi akhirnya terlepas untuk ditulis. Nak kata sibuk pun tak, cuma mungkin memikirkan beberapa perkara lain seperti pengurusan pendaftaran/pengesahan subjek, penyiapan resume untuk latihan industri, menguruskan penempahan t-shirt batch (hoyeah!) dan macam-macam.

Well, i think i finally have time for myself now.

free

Salaam & cheers…~

P/s: Agak-agak, jika aku tulis post mengenai kes pembunuhan 4 beranak yang berlaku baru-baru ini, lukisan apa yang akan aku lukis untuk mengiringi post itu? Huhu, mesti mengerikan…*_*!

8 Comments
read more