posted29/12/09

New Year new look..!~

001003002

21 Comments
read more
posted19/12/09

Ini (bukan) komik awal muharam…

Aku melihat kalendar dalam handphone aku pagi tadi dan baru aku sedar, tinggal lagi seminggu cuti semester aku. Aku akan mulakan sesi pengajian baru 28 Disember ini…*sigh. Belum puas lagi aku aku mengisi cuti ini, masih banyak yang ingin aku lakukan, sedar-sedar cuti dah berakhir.

Yang di bawah ini nak kata komik pun macam bukan. Kalau DC comics dan Marvel Comics boleh keluarkan graphic novel, anggaplah ini “grafik risalah” yang pernah aku buat untuk balai islam kolej kediaman aku beberapa tahun dulu…sempena awal muharam.

Maaf, saiz agak besar…

(more…)

9 Comments
read more
posted11/12/09

Alhamdulillah

Alhamdulillah…
Aku terus rebah, melutut, gembira dengan apa yang aku nampak tempoh hari, mulut aku mengucapkan lafaz syukur…
Alhamdulillah…
syukur

Baiklah…tak adalah se-dramatik dalam lukisan di atas, tetapi itulah yang terjadi tempoh hari, ketika aku melihat “perkara itu”. (^_^!)

Syukur.

Hari ini 10/12/09 pelbagai perkara yang menggembirakan berlaku pada aku. Aku dapat juga berjumpa dengan En.Wanzu (refer previous post “Here I Am“) dan hasil dari pertemuan kami petang tadi sangat menggembirakan + memberi semangat kepada aku. Sebelum balik dari pejabat PTS Publication di Batu Caves itu aku sempat membeli beberapa naskhah komik keluaran Komik-M, PTS (kononnya nak buat rujukan) dan bertemu pula seorang senior sekolah aku yang kebetulan bekerja di situ. Dia memberikan diskaun kepada aku…seronoknya.

Kemudian aku pulang dan mendapati komputer desktop dan 3-in-1 printer+scanner yang ayah tempah dari PC Fair baru ini dah sampai, menggantikan komputer rumah yang sudah kuno itu. Alhamdulillah. Selepas ini senang untuk aku melukis-lukis + mengedit apabila berada di rumah, tak perlu lagi aku pulang dari UM membebankan diri membawa laptop dan scanner.

Esok aku akan ke Singapura bersama keluarga.

Salaam & cheers~

Update : Ini untuk disharekan kepada teddybearhijo…ada collection of ebook yang saya download sbg nak blaja lukis. Banyak nih. Kebanyakannye kene download dari rapidshare…klik sini BIG COLLECTION OF DRAWING BOOKS

8 Comments
read more
posted03/12/09

The ninja, the vampire and armageddon…

Bagi sesiapa yang mengenali aku akan tahu yang aku ini seorang moviegoer (movie-go-er). Walaupun definisi sebenar moviegoer adalah orang yang ke panggung wayang untuk menonton filem, definisi aku ialah org yang suke menonton filem, sangat (ok, probably perkataan movie-maniac lebih releven kot….heh, takpelah) sebab aku bukannya suka sangat menghabiskan waktu di wayang, aku lebih suka menonton filem di rumah (hasil download, belian dvd, dll).

Dan tiap-tiap kali aku menghabiskan satu-satu filem mulalah banyak perkara yang timbul dalam benak kepala aku. Banyak perkara yang aku mula fikirkan, sama ada berkaitan dengan filem yang aku tonton, pelakon-pelakonnya, special effects-nya, pengaruh hollywood ke atas pemikiran anak-anak mudalah….macam-macam.

The first thing i do everytime i step out of a movie theater or after finishing a movie is, i use my instincts and experience watching over thousands of movies over my lifetime to rate that film. Entah macam mana aku dapat expect satu filem itu akan berjaya atau tidak di panggung…seperti ketika aku menonton Daredevil, dan Catwoman, aku tahu ceritanya membosankan dan takkan berjaya, ketika aku menonton The Dark Knight, bulu roma aku meremang, dan aku dapat rasakan yang ia akan mendapat pulangan yang tinggi (hampir mengalahkan rekod filem Titanic), ketika aku menonton The Usual Suspects dan Oceans Eleven, aku dapat nilai jalan ceritanya yang menarik dan lakonan yang mantap, ketika aku menonton Casino Royale, aku tahu cerita itu sangat hebat dan akan sangat berjaya dan ketika aku menonton sequel-nya Quantum Of Solace, aku tahu ia takkan berjaya seperti Casino Royale…dan tekaan aku selalunya betul. Selepas beberapa minggu atau bulan, aku akan masuk ke laman web RottenTomatoes.com dan akan lihat apa kritik dan ranking filem-filem di panggung. Tepat sekali jangkaan aku.

(more…)

19 Comments
read more