posted31/07/09

When a muslimah becomes a mujahidah, and dies as a syahidah~

Bagi sesiapa yang tidak peka terhadap apa yang berlaku dalam dunia di sekeliling kita (seperti aku @_@!) sudah pasti tidak pernah mendengar nama Marwa al-Sharbini. Siapakah dia? Apa relevannya mengetahui perihalnya? While the whole world is busy talking about this woman, i have only one thing to say to those who arent even interested in finding out : Shame on you!

Baiklah, bagi sesiapa yang tidak mengetahui tentang isu Marwa al-Sharbini ini, bacalah artikel ini terlebih dahulu, kerana sebenarnya aku pun baru lagi mengetahui tentang perkara ini sebenarnya :

Ditikam Mati di Mahkamah Kerana Bertudung

Jadi, apa pendapat anda? Marah? Geram? Sedih? Malu? Bangga? Atau menganggap ini sebagai jenayah bunuh yang biasa kita baca di dada akhbar? Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : “Barangsiapa yang tidak mengambil peduli perihal umat Islam yang lain, bukanlah daripada umatku”

Bila aku mendapat tahu mengenai isu ini, aku teringat kisah Sumaiyyah yang syahid dalam memperjuangkan & memelihara aqidah.

So, sebagai umat Islam, ask urselves, what shud i do?

p/s : pilihlah sendiri, hidup di atas muka bumi dipuji-puji dan dipandang mulia oleh manusia dengan menurut sahaja kehendak mereka, atau korbankan semua itu demi mengharapkan redha Allah, dunia yang fana atau syurga? (relate to our own lives as muhasabah, wallahualam~)

3 Comments
read more
posted30/07/09

(-_-)

Sebenarnya, ini hasil kerja aku yang lama. Aku pun tak berapa ingat waktu bila aku hasilkan ini tapi rasanya ketika di tahun pertama. Bagi sesiapa yang menyedari, aku jadikan lukisan ini sebagai wallpaper aku di page friendster aku.

Macam-macam perkara berlaku kebelakangan ini yang menyebabkan hati aku tak tenang memikirkannya. Tapi alhamdulillah, bila melihat banyak sokongan dari kawan-kawan, aku tersenyum~

p/s : banyak post yang aku sudah siap tulis dalam draft, dan masih belum di-publish lagi, ada saja hal yang menghalang. Tak mengapa, aku memberi laluan untuk perkara yang lebih penting terlebih dahulu.

p/s/s : The outcome isnt important…wuts more important is the effort we put in. Tawakkal ‘alallah~Doakan kejayaan bersama.

p/s/s/s : Terima kasih kawan-kawan. Sahabatku. Temanku~

3 Comments
read more
posted25/07/09

For strength~

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih, sebenarnya ALLAH telah menghitung air matamu

Jka kau berfikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu berlalu begitu sahaja,ALLAH sedang menunggu bersamamu

Ketika kau merasa sendirian dan temanmu begitu sibuk untuk menelefonmu, ALLAH sentiasa berada di sampingmu

Ketika kau berfikir bahawa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu harus berbuat apa lagi, ALLAH mempunyai jawapannya

Ketika segalanya menjadi seperti tidak masuk akal dan kau merasa tertekan, ALLAH bersamamu utk menenangknmu

Jika tiba-tiba kau melihat jejak harapan,sebenarnya ALLAH sedang berbisik kepadamu

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau ingin mengucap syukur, sebenarnya ALLAH telah pun memberkatimu

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban, ALLAH akan tersenyum kepadamu

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi utk digenapi, ALLAH sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu

Oleh itu ingatlah bahawa di mana pun kau berada atau ke manapun, ALLAH akan mengetahui dan sentiasa berada di sampingmu.

*got this from my friend Siti Rifhan Najlaa, she posted it on Facebook. Nice one. Thanx for sharing this ya ukhti.

9 Comments
read more
posted10/07/09

I am the greatest~

Alhamdulillah. This is my 1st week as a 3rd year…time flies by really fast. I still remember myself as penghulu during Haluansiswa, how’s to forget, some of my chinese friends still call me Penghulu whenever they bump into me, hahah.

A new semester means, a new hope, same dream, same battle, hopefully, better results~ The past semester break was, for me, a really valuable one. I’ve done much self-exploring (muhasabah) or i should say post mortem, i’ve spent so much time helping my parents at home, and i’ve learnt so many things which i find very valuable to me.

(more…)

9 Comments
read more
posted02/07/09

Sahabatku yang terluka~

Ketika kita sedang bergembira dan berseronok di atas muka bumi Allah ini, ada yang terseksa dan menahan derita. Baru-baru ini aku mendapat berita seorang sahabat aku yang juga satu course dengan aku di UM dimasukkan ke wad. Hafiz Din. Dia menghidap leukemia. Dia pernah dimasukkan ke wad kerana penyakit ini dulu, baru-baru ini penyakit itu kembali dan bertambah teruk.

(more…)

9 Comments
read more
posted01/07/09

When a king dies~

Aku yakin ramai yang terkejut tatkala mendengar berita tentang kematian “The Legendary King Of Pop”. Kenal? Siapa lagi kalu bukan Michael Jackson. Sehingga hari ni, berita, rancangan dan program mengenai seniman ini masih tersiar kat peti tv.

Aku terdengar perbualan sahabat :

Sahabat 1 : Weyh, Michael Jackson dah mati weyh!

Sahabat 2 : Eleh, Michael Jackson mati ko kisah. Fathi Yakan meninggal ko x amek tau pon

Sahabat 1 : Fathi Yakan? Siape die?

*sigh*…sedihnya

(more…)

3 Comments
read more