posted09/08/10

Muhammad : Legendary example beyond compare

“Jika Nabi Muhammad berada di hadapan aku nescaya aku akan membunuhnya!”. Dalam keadaan menangis-nangis dan kecewa yang teramat sangat, seorang non-muslim pernah mengeluarkan kata-kata ini ketika berjumpa seorang pendakwah di Malaysia ini. Pendakwah itu tidak naik berang, sebaliknya dia cuma mengangguk dan berkata, “Benar”.

Ketika Nabi Muhammad masih hidup, ramai sahaja yang mahu membunuhnya ketika itu, dan bukan sahaja menggunakan pisau, pada zaman itu mereka berbekalkan pedang, tombak dan panah!

Maka pendakwah itu menjawab, “benar, kau ingin membunuh Muhammad kerana kau tidak mengenali siapa baginda. Jika kau mengenali baginda, nescaya kau akan menangis pula kerana mencintainya”.

Di bawah ini ada beberapa video berkaitan Nabi Muhammad yang mampu membuatkan aku menangis tiap-tiap kali aku melihatnya, dan aku mahu berkongsi kepada anda semua.

Jika anda ada video yang menarik berkaitan Muhammad juga silakan share dengan kami semua. Aku teringin sangat-sangat untuk menontonnya juga.

Salaam & cheers.~~

2 Comments
read more
posted14/07/10

Superman needs to go to gym

I got back home with my body feeling sore all over. Baru tadi kali pertama aku memulakan latihan senaman di Fitness First. Aku menggunakan kupon keahlian percuma selama sebulan yang aku beli beberapa bulan lepas. Benarlah pepatah bahasa inggeris, No pain no gain, kalau tak rasa sakit takkan dapat apa-apa *_*! (more…)

11 Comments
read more
posted12/07/10

End of Industrial Training, Start of a new semester.

Alhamdulillah, latihan industri (praktikal) ku sudah berakhir Jumaat baru-baru ini. Tamatlah sudah 10 minggu penuh dengan tugasan, deadline, presentation, motivation, discussion, dan tidak lupa tekanan. Meskipun begitu,semua yang pahit, yang meletihkan itu bagaikan tidak terasa sangat apabila bersama kawan-kawan yang sporting. Jumlah mereka yang membuat latihan industri di syarikat ICMicrosystems Cyberjaya semuanya dalam 100 lebih. Aku bersyukur kerana mendapat teman sepejabat yang mesra semuanya. Sungguh, apabila ingin mengucapkan lafaz selamat tinggal dan memeluk rakan sepejabat pada hari terakhir LI aku sebenarnya menahan air mata, jika tidak kerana aku tergesa-gesa ingin pulang (kerana aku menumpang kereta kawan) nescaya air mata sudah mengalir bak air terjun Niagara Falls. (more…)
5 Comments
read more
posted27/05/10

I miss drawing

The drawing above was requested by my good friend Khairul Ikhwan aka ketek, who is currently doing his industrial training at Petronas, Terengganu. His training ends this week and thought of giving a little sumthing to his office-mates as a farewell gift. Well, here you go, hope you like it.

Im actually kinda thankful he asked me to draw this, because if he hadnt, i dont know when would’ve i picked up my pencil again and started drawing again. Seriously, my body is starting to feel the effects of all day long work, i couldnt even survive beyond 12 midnite, sometimes i even surrender after isyak. Its tiring, truly. Now i know how my dad feels after a long days work. However, i look up to him for still being able to entertain his family at home after work. (more…)

7 Comments
read more
posted10/05/10

I love you, Ummi~

Whoa, exactly a year ago i wrote about Mother’s day (you can read here) and now here i am writing a new one. Never realized that my blog is over a year old now, (cheers and celebrations!~, haha) and i have no clue what i’ve been writing and posting and whether it benefits others or not.

(more…)

3 Comments
read more
posted21/04/10

Last minute study tips anyone?

Ok, consider me crazy for even writing this post during exam week (*_*!). But what the heck.

Yea, its kinda normal for us to study last minute. A whole semester of classes (5 months of it) fully covered in like what, a week? A day? A few hours? Haha, now that’s last minute.

So, i may not be the best person to share how to study last minute, but here’s a tip or two that i believe might help.

(more…)

6 Comments
read more
posted12/04/10

Pembunuh bayi

IMG

Apa pendapat anda tentang lukisan kali ini? Marah? Terkejut? Sedih? “Ezzat, jahatnya ko lukis camni!! Kejam sangat!!”

Kejam?

Kau fikir ini kejam? Bagaimana pula mereka yang meninggalkan bayi kecil yang tidak mampu mempertahankan dirinya di dalam semak samun, tanpa seurat benang, terpaksa menahan kepanasan tengah hari dan kesejukan malam, menahan sakit digigit kerengga dan serangga-serangga berbisa, dipatuk-patuk oleh burung gagak, menjerit-jerit menahan lapar yang akhirnya, setelah terpaksa menanggung derita yang teramat sangat, mati. Tak begitu kejam bukan?bayi dibuang2

(more…)

4 Comments
read more
posted22/03/10

Alam khayalan…

Jumaat baru-baru ini kolej aku mengadakan dinner tahunan. Aku tak hadiri dinner kolej tahun ini. Aku dapat rasakan yang aku akan bosan dan kesunyian jika menghadiri diner tahun ini, tiada siapa yang aku kenal. Sudah hampir setahun aku menginap di Kolej Kediaman Kelapan, ya aku sudah berkenalan dengan beberapa orang penghuninya yang lain, belum seorang pun aku boleh anggap sudah rapat dengan aku. Tapi tak mengapa. Makan hotel bukannya sedap pun. Kalau sebelum-sebelum ini aku hadiri diner kerana mahu mengabadikan kenangan bersama kawan sahaja sebenarnya, makanan bukan tujuan utama. Kalau dah tiada kawan yang akan menemaniku di sana nanti, rasanya tak perlulah aku pergi.

I dropped weight. 8 kg to be exact! Adik aku pun hairan melihat berat aku yang sudah turun banyak ini. Tak sihat? Macam tak mungkin. Tak bahagia? Mungkin…tak segembira ketika banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan di Kolej kediaman Kedua dulu..

Hujung minggu kali ini, seperti kebanyakan minggu-minggu sebelum ini, aku pulang ke rumah. Kali ini ayah yang minta aku pulang, kerana ayah hendak membawa kami makan malam di KLGCC (Kuala Lumpur Golf & Country Club). Seperti suatu reunion kecil family, kami semua berkumpul. Adikku ezri yang sedang bersekolah di Pekan, Pahang pulang kerana cuti sekolah. Ezwan baru menghabiskan tahunnya yang pertama di UNIsel dan sedang bercuti selama 3 bulan. Kakak akan menghadapi peperiksaan akhirnya Isnin ini, yang akhirnya dia bakal bergelar doktor. Kami menjemputnya di UM.

Gembira rasanya apabila seluruh keluarga berkumpul. Tenang rasanya apabila bersama mereka. Terus hilang segala resah dan masalah belajar di UM. Bertambah aku mensyukuri nikmat berkeluarga. Bertambah aku sayang kepada mereka, bukannya bertambah sayang kerana ayah membelanja kami makan, tapi bertambah sayang kerana dapat meluangkan masa bersama. Meningkatnya umur aku ini semakin kurang masa aku luangkan bersama mereka, adik-beradik semuanya sudah membawa diri masing-masing berjuang mengejar ilmu dan kejayaan. Selepas makan malam bersama ayah bertanya sama ada mahu bermain satu pusingan game boling bersama. Dalam hati aku menjerit-jerit keriangan, sudah lama tak bermain boling, dan tak pernah pula kami bermain sekeluarga. Malangnya kakak mahu pulang ke UM awal untuk mengulang kaji pelajaran…oh melepaslah sudah. Heh, Dr. Ezzatul Alia, all the best to you. You can do it, ganbatte!!

Di rumah, aku mengurung diri dalam bilik, melukis dan terus melukis. Mungkin melepas geram kerana lama tak melukis (^^,)

Image (4)

Image (2)Image (5)

yuna

Image (3)

girl“Khayalan belum tentu jadi kenyataan…yang nyata, kenyataan selalu jadi khayalan…”

Salaam & cheers…~ *wink~

10 Comments
read more
posted18/03/10

Sahabatku yang telah pergi…

Rakan-rakan masih ingat post aku bertajuk “Sahabatku yang terluka“? Waktu itu aku sempat menziarahi sahabat sekelas dengan aku, Mohd Hafiz Bin DIn yang menghidap penyakit liuekemia. Ketika itu dia sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Hafiz seorang yang sangat kuat. Dia sentiasa ceria dan jenis yang tak melihat satu-satu masalah sebagai perkara yang besar. Mungkin kerana faktor usianya yang lebih tua dari kami sekelas, perilakunya lebih matang.

Allah telah memilih dia dari puluhan juta hamba-Nya yang lain untuk diuji dengan penyakit ini. Sepanjang dia bertarung dengan penyakit ini, Hafiz sangat tabah dan kuat. Setiap kali aku berbual dengannya di telefon tak pernah kedengaran daripadanya suara mengeluh, sentiasa ceria dan siap boleh berjenaka lagi. Selalu juga aku berjanji dengan dia untuk keluar berjalan dengannya nanti bila dia sudah sihat sepenuhnya. Biasanya dia akan ketawa dan layan saja cakap aku, mungkin dia berfikir aku sekadar mahu menggembirakan hatinya. Tapi aku bercakap benar, memang aku mahu keluar dan bergembira dengannya, tak tipu.

Lebih kurang sebulan yang lepas merupakan harijadinya. Aku tak sempat nak melawatnya atau memberinya apa-apa hadiah, tapi aku sempat membuat ucapan ringkas di facebooknya.

Minggu lepas, ketika dalam lif, Dr. Faisal Rafiq selaku ketua jabatan kami di fakulti kejuruteraan UM, memberitahu aku satu perkara yang telah membuatkan aku terkedu, tidak mampu berkata-kata buat beberapa ketika. Hafiz Din sudah meninggal.

“Ya Allah, Tuhan yang kasihNya tak bertepi, yang rahmatNya tak berpenghujun…Kau tempatlah sahabatku Mohd Hafiz Bin Din ke dalam syurga jannahmu, dalam kalangan para saalihin, bersama orang-orang yang memperoleh keredhaanMu…”

Gambar arwah Hafiz selepas menjalani rawatan chemotherapy

Gambar arwah Hafiz selepas menjalani rawatan chemotherapy

salaam. [forcing myself] cheers…

2 Comments
read more
posted11/03/10

Perlukan perubahan…

gadis-berubah

Aku terjumpa puisi ini ketika sedang memantau-mantau profile sahabat-sahabat di facebook. Bagi aku maknanya sungguh mendalam, dan aku yakin ia juga bermakna bagi orang-orang lain tetapi terpulang kepada mereka bagaimana mereka mahu tafsirkan.

Beberapa persoalan mungkin kita boleh sama-sama fikirkan..

1. Adakah aku anak yang menjalankan kewajipan kepada ibu bapaku?

2. Adakah dengan sikap aku yang sekarang ini kawan-kawanku merasakan selesa bersamaku?

3. Adakah dengan cara belajar aku yang sekarang ini akan menjanjikan kejayaan kepada diri aku?

4. Adakah dengan amalan aku yang sebegini rupa akan menjamin aku memperoleh keredhaan Allah swt?

Berubah. Ya. Menjadi orang lain? Tak.

Aku suka quote ini…”I dont require you to change into someone else, I just want you to be yourself but only better…”

Wallahualam.

Salaam n cheers~

P/S : [<WARNING! LUAHAN PERASAAN ALERT!>] Aku berasa down sikit hari ini. Mungkin kerana aku telah meletakkan pengharapan yang terlalu tinggi, dan setelah melihat satu perkara malam tadi, aku risau, aku takut, apa yang aku harapkan sangat sebelum ini musnah, dan berakhir dengan kekecewaan. Dan kerana aku ni ego mungkin, dan bersifat suka pendam, dan juga tak reti nak luahkan perkara yang terbuku dalam hati aku ini, aku luahkan di blog ini. Aku berhenti berfikir, dan aku merumuskan yang, syaitan begitu laju melakukan kerja, asal nampak sahaja ruang walaupun kecil, terus mereka menyerang, untuk menghancurkan anak-anak Adam ini. Astaghfirullah al azim..faghfirli ya ALlah, hambaMu ini lalai. Mode : Rectifying myself…*dush2x, knocks head on table *_*! [<AKU SEDANG MEREPEK NI, JANGAN DILAYAN APA YANG DITULIS, JUST WANNA GET IT OFF MY CHEST>]

P/S/S : By now, aku sedar yang aku sangat tak reti menulis, haha. Better stick to drawing….

9 Comments
read more
older posts