Baju raya tahun ini
Baju raya aku tahun ini berwarna ungu, dan agak besar. Adeyh.
Salaam & cheers..~
A young adult who loves art and anything art related. A son to a very loving couple. A friend to many others. A struggling muslim. Currently studying electrical engineering in University of Malaya. Feel free to look around. Click on the "Art Collection" button above to go to my art gallery, i try to update it often. Leave comments wherever necessary, i'd love to hear your feedbacks and replies so that i can improve myself.
-Ezzat Afiq-
Baju raya aku tahun ini berwarna ungu, dan agak besar. Adeyh.
Salaam & cheers..~
I suck at writing. Tak pastilah mesej sampai atau tidak. I’d appreciate any comments on how to improve this.
Salaam & cheers..~~
p/s : Im no superman….^_^!!
Aku kira anda masih ingat post aku yang bertajuk I miss drawing. Aku menulis di post di facebook untuk menawarkan melukis potret secara percuma, (ya, sememangnya aku sedang tiada apa hendak dilakukan ketika itu) dan ramai juga yang meminta aku melukiskan potret mereka tapi yang kelakarnya kebanyakannya perempuan. Selepas beberapa ketika baru ada pihak lelaki yang meminta. Jelas sekali, ego lelaki sangat tebal. Haha. Tapi tak mengapa. Sampai sekarang aku masih sedang menyiapkan permintaan sahabat-sahabat semua. Maaf andai terlambat. Andai aku terlupa tolong ingatkan ya.
Lukisan pensel aku sangat comot. Aku masih sedang cuba memperbaiki kelemahan ini.
Oh ya, sekarang tawaran sudah ditutup. Semester sudah bermula. Maaf ya.~~
Salaam & cheers.
I posted this on facebook before. Im just gonna make this an entry in my blog as well. The other day ada orang post kat facebook, that watching Twilight encourages its audience to fall in love <—-or sumthing kinda like that.
Hahah. I agree. So i drew this.
Anyway, i havent watched this movie yet. Come to think of it, i havent watched quite an amount of movies this season. I missed watching A-team, Prince of Persia, Clash of the Titans, Alice in Wonderland….just to name a few.
Salaam & cheers.
p/s : Hmm, it seems that im encouraging people to get married. Well, its better to get married early. That’ll prevent us from doing things or actions against our religion. And if we think we’re not ready for marriage, then its best if we avoid those thoughts of having a serious relationship from our heads in the meanwhile. Well, that’s what i think. Wallahualam.
Entah. Tiba-tiba terlukis gambar ini. Bukan jiwang. Bukan emo. Tidak ada kaitan.
Salaam & cheers.
The drawing above was requested by my good friend Khairul Ikhwan aka ketek, who is currently doing his industrial training at Petronas, Terengganu. His training ends this week and thought of giving a little sumthing to his office-mates as a farewell gift. Well, here you go, hope you like it.
Im actually kinda thankful he asked me to draw this, because if he hadnt, i dont know when would’ve i picked up my pencil again and started drawing again. Seriously, my body is starting to feel the effects of all day long work, i couldnt even survive beyond 12 midnite, sometimes i even surrender after isyak. Its tiring, truly. Now i know how my dad feels after a long days work. However, i look up to him for still being able to entertain his family at home after work. (more…)
Jumaat baru-baru ini kolej aku mengadakan dinner tahunan. Aku tak hadiri dinner kolej tahun ini. Aku dapat rasakan yang aku akan bosan dan kesunyian jika menghadiri diner tahun ini, tiada siapa yang aku kenal. Sudah hampir setahun aku menginap di Kolej Kediaman Kelapan, ya aku sudah berkenalan dengan beberapa orang penghuninya yang lain, belum seorang pun aku boleh anggap sudah rapat dengan aku. Tapi tak mengapa. Makan hotel bukannya sedap pun. Kalau sebelum-sebelum ini aku hadiri diner kerana mahu mengabadikan kenangan bersama kawan sahaja sebenarnya, makanan bukan tujuan utama. Kalau dah tiada kawan yang akan menemaniku di sana nanti, rasanya tak perlulah aku pergi.
I dropped weight. 8 kg to be exact! Adik aku pun hairan melihat berat aku yang sudah turun banyak ini. Tak sihat? Macam tak mungkin. Tak bahagia? Mungkin…tak segembira ketika banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan di Kolej kediaman Kedua dulu..
Hujung minggu kali ini, seperti kebanyakan minggu-minggu sebelum ini, aku pulang ke rumah. Kali ini ayah yang minta aku pulang, kerana ayah hendak membawa kami makan malam di KLGCC (Kuala Lumpur Golf & Country Club). Seperti suatu reunion kecil family, kami semua berkumpul. Adikku ezri yang sedang bersekolah di Pekan, Pahang pulang kerana cuti sekolah. Ezwan baru menghabiskan tahunnya yang pertama di UNIsel dan sedang bercuti selama 3 bulan. Kakak akan menghadapi peperiksaan akhirnya Isnin ini, yang akhirnya dia bakal bergelar doktor. Kami menjemputnya di UM.
Gembira rasanya apabila seluruh keluarga berkumpul. Tenang rasanya apabila bersama mereka. Terus hilang segala resah dan masalah belajar di UM. Bertambah aku mensyukuri nikmat berkeluarga. Bertambah aku sayang kepada mereka, bukannya bertambah sayang kerana ayah membelanja kami makan, tapi bertambah sayang kerana dapat meluangkan masa bersama. Meningkatnya umur aku ini semakin kurang masa aku luangkan bersama mereka, adik-beradik semuanya sudah membawa diri masing-masing berjuang mengejar ilmu dan kejayaan. Selepas makan malam bersama ayah bertanya sama ada mahu bermain satu pusingan game boling bersama. Dalam hati aku menjerit-jerit keriangan, sudah lama tak bermain boling, dan tak pernah pula kami bermain sekeluarga. Malangnya kakak mahu pulang ke UM awal untuk mengulang kaji pelajaran…oh melepaslah sudah. Heh, Dr. Ezzatul Alia, all the best to you. You can do it, ganbatte!!
Di rumah, aku mengurung diri dalam bilik, melukis dan terus melukis. Mungkin melepas geram kerana lama tak melukis (^^,)

‘


“Khayalan belum tentu jadi kenyataan…yang nyata, kenyataan selalu jadi khayalan…”
Salaam & cheers…~ *wink~
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir [ar-Ruum:21]
Di bawah ini adalah hasil kerja orang yang malas. Artwork yang belum siap akibat sangat tak sabar…oh, ajarilah aku hakikat sabar. Aku memulakan artwork ini di muka perempuan itu, kemudian beralih kepada lelaki dan kemudian seluruh anggota yang lain. Mungkin sebab itu aku paling berpuas hati dengan muka perempuan itu, sebab aku menghasilkannya dengan penuh teliti.
Pada 20 dan 21 Februari 2010 akan diadakan kursus kahwin anjuran Kolej Kediaman Ibnu Sina, Universiti Malaya. Bayaran yang dikenakan ialah hanya RM70 (termasuk sarapan & makan tengah hari untuk kedua-dua hari program). Sijil dari JAKIM akan diberikan dan tiada tamat tempoh (biasanya ada tamat tempoh ke? Aku tak tahu…al maklum, belum kahwin lagi *_*!)
Penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Aku yakin ramai kenalanku yang sudah berada di tahun akhir pengajian sudah mula memikirkan tentang perkahwinan, jadi apa salahnya menyertai program ini, at least, it’s a first step (^_*!), eheh.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 13 Februari 2010.
Jadi sesiapa yang berminat, jangan segan silu menghubungi orang berikut
Khairuddin (019-6347975)
Yana (017-3122295)
Hilmi (019-5543483)
Oh yea, check out their blog for more information here. They have a pretty cute blog i must say ^_*!
Salaam & cheers..~
Tiba hujung minggu, hati jadi riang, jiwa jadi tenang, perasaan jadi girang…memandangkan hari-hari biasa memang padat dengan jadual belajar, aku sangat menantikan hujung minggu, sebab waktu inilah aku dapat merehatkan diri, di samping melakukan aktiviti-aktiviti luar aku. Banyak juga perkara yang aku tangguh kerana tak mampu dilakukan waktu hari biasa, seperti projek website aku bersama kawan aku Muhammad aka Mike, design poster dan banner untuk pusat tuisyen dia, ulangkaji pemelajaran dan beberapa program lain.
Masih lagi perkara yang sama, latihan digital painting, nothing new. Di bawah ini sebenarnya ditiru dari lukisan asal yang dilukis oleh Benjamin Zhang dari China. Beberapa ketika ini aku asyik menghasilkan digital painting sebab scanner aku ada pada Mike yang sedang sibuk melakukan projek fotografinya, aku terpaksa melukis tanpa menggunakan kertas.
Hujung minggu ini beberapa program menarik perhatian aku, dan aku berharap dapat juga berkongsi dengan sahabat-sahabat semua.
1. SEMINAR WACANA MINDA REMAJA : HIJRAH CINTA
Oleh : Ustaz Hasrizal (saifulislam.com)
Tarikh : 10 Januari 2010 (Ahad)
Waktu : 8.30 pagi – 12.30 tgh
Bayaran : RM10
Tempat : Balai Ungku Aziz
2. PUBLIC FORUM : ALLAH – SIAPA YANG PUNYA?
Panel : YB Khalid Samad, Tan Sri Murphy Pakiam (Ketua Paderi Roman Katolik KL), Dr Asri
Tarikh : 11 Januari 2010 (Isnin)
Waktu : 7.45 mlm – 10.30 mlm
Tempat : KL Selangor Chinese Assembly Hall
3. CERAMAH HABIB OMAR (direct descendent of Prophet Muhammad P.B.U.H)
Tarikh : 11 Januari 2010 (Isnin)
Waktu : 6 ptg – 10 mlm
Tempat : Masjid al-Falah, USJ 7, PJ
Roommate aku baru saja membeli 3-in-printer, maka boleh aku gunakannya untuk scan lukisan di atas ini. Oh seronoknya dapat melukis menggunakan pen/pensel dan kertas.
Salaam & cheers..~
Sudah rasmi. Memang aku homesick. 2-3 hari ini aku berada di rumah, cuti tahun baru dan yang seronoknya ialah semua adik-beradikku juga ada. Sedih tadi ketika ayah aku menghantar aku pulang ke kolej kediaman di UM. *sigh.
Anyways, for your information, im not really into manga-style drawing (because of the fact that im not really good at manga drawing) but here’s a try. Aku mahu gunakannya untuk alwan, tapi tak tahu macam mana. Pinup mungkin sesuai…tak mengapa, aku akan cuba siapkan juga.
For once, i think im starting to get the hang of digital painting, using my trusty Wacom Bamboo and Adobe Photoshop. So below i tried doing another subject, tapi aku rasa segan sangat nak beritahu siapa memandangkan tak berapa menjadi sangat. Sesiapa mahu meneka siapa di bawah, silakan. Hint: dia seorang artis tanah air…nota: aku sangat segan sebab tak menjadi sangat, okay.
Aku masih memerlukan idea untuk melukis komik, (ya, tak habis-habis lagi pasal perkara ini *_*!). Buntu sungguh aku hendak memikirkan idea untuk mengarang komik (mengarang ke?…melukis kot). Sesiapa mahu bantu? Satu untuk dihantar ke PTS publication dan satu lagi untuk Alwan…oh yes, alwan comics sudah online. Alhamdullah, namun masih banyak yang perlu diperbaiki dan diselenggara. Ganbatte ezzat.
Salaam & cheers..~