A young adult who loves art and anything art related. A son to a very loving couple. A friend to many others. A struggling muslim. Currently studying electrical engineering in University of Malaya. Feel free to look around. Click on the "Art Collection" button above to go to my art gallery, i try to update it often. Leave comments wherever necessary, i'd love to hear your feedbacks and replies so that i can improve myself. -Ezzat Afiq-
Jumaat malam yang lepas aku ke UM untuk berjumpa dengan sahabat dan ketika memandu kereta melalui Dewan Tunku Canselor dan perhentian bas utama UM aku melihat orang ramai (mahasiswa dan mahasiswi rasanya) sedang berkumpul untuk menaiki bas pulang ke kampung. Kebiasaannya persatuan-persatuan anak negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu akan membuat perkhidmatan menempah bas bagi pulang ke kampung halaman untuk cuti-cuti utama, dalam kes ini, bersempena Hari Raya Aidilfitri.
Ketika itu aku sempat terkenang kembali waktu aku masih di bangku sekolah dan pengalaman pulang ke rumah menaiki bas. Sepanjang zaman remaja aku bersekolah di 5 buah sekolah menengah yang berlainan (bukannya kerana aku nakal ya, tapi sebab aku mendapat tawaran bertukar ke sekolah yang lebih baik ), dan bermulanya aku bersekolah di sekolah berasrama penuh, pulang ke rumah waktu cuti merupakan waktu yang ditunggu-tunggu. Walaupun mungkin perjalanan pulang ke rumah menaiki bas mengambil masa beberapa jam tetapi seronok kerana bersama kawan-kawan.
Semenjak menuntut di UM aku tidak lagi merasa pengalaman seperti itu. Heh, betullah kata pepatah bahasa inggeris, “You never miss the water till it’s gone”, apabila sudah kehilangan sesuatu barulah merasakan rindu dan ingin untuk merasainya semula walhal ketika kita bersama sesuatu itu tidak pernah pula untuk menghargainya
Hmm, bercakap tentang pepatah itu, Ramadhan pun akan berlalu pergi tidak lama lagi. Sejak lewat minggu lepas perang kad raya digital sudah bermula di facebook, sibuk semua orang mula ‘meng-tag’ rakan-rakan lain dengan kad raya di samping saling bertukar ucapan Selamat Hari Raya. Bijaksana sungguh Allah yang Maha Kuasa, dipilihNya 10 malam terakhir Ramadhan sebagai waktu yang paling berharga dan bernilai untuk beribadah sedangkan manusia leka dan sibuk memikirkan tentang perayaan aidilfitri ketika itu. Jangan salah faham, aku tidak menghukum atau menilai amalan sesiapa di sini, bagi yang sentiasa mempertingkat dan memperbanyak amalan pada waktu-waktu ini, Alhamdulillah. Cuma malanglah bagi sesiapa yang sudah mula leka dengan perayaan Aidilfitri(yang sepatutnya melambangkan kemenangan berpuasa sebulan) sedangkan amalan puasa belum tamat lagi dan ibadah lain ketika waktu itu sudah mula tidak dititikberatkan. Jangankan Ramadhan sudah pergi baru hendak menyesal akan kehilangan bulan yang sangat berharga ini. Wallahualam. Moga Allah mengampunkan dosa kita, aku pun lemah+lalai juga.
Anyway, esok pagi kami sekeluarga akan pulang ke kampung tempat kelahiranku, negeri keropok lekor dan penyu, Terengganu. Moga ayah memberi peluang aku memandu Alphard barunya kali ini untuk ke Terengganu, eheh. Aku pernah memandu kereta itu ke Perak sebelum ini tetapi belum pernah lagi untuk sejauh Terengganu. Doakan kami selamat sampai.
We have just went through 1/3 of ramadhan. Sudah 10 malam ramadhan kita lalui. Jumlah orang yang solat terawih di masjid-masjid pun sudah mula nampak berkurangan sedikit, masing-masing mengejar program dan majlis berbuka puasa kononnya sehinggakan terawih pun tidak sempat dilakukan di masjid. Itu untuk kita sendiri masing-masing bermuhasabah.
Anyway, i hope everyone is still brimming with high spirits this ramadhan. My productivity level in producing drawings this ramadhan still hasnt changed, hate me for it, i dont mind.
So here are another set of ramadhan art i found while surfing deviantart.
“Jika Nabi Muhammad berada di hadapan aku nescaya aku akan membunuhnya!”. Dalam keadaan menangis-nangis dan kecewa yang teramat sangat, seorang non-muslim pernah mengeluarkan kata-kata ini ketika berjumpa seorang pendakwah di Malaysia ini. Pendakwah itu tidak naik berang, sebaliknya dia cuma mengangguk dan berkata, “Benar”.
Ketika Nabi Muhammad masih hidup, ramai sahaja yang mahu membunuhnya ketika itu, dan bukan sahaja menggunakan pisau, pada zaman itu mereka berbekalkan pedang, tombak dan panah!
Maka pendakwah itu menjawab, “benar, kau ingin membunuh Muhammad kerana kau tidak mengenali siapa baginda. Jika kau mengenali baginda, nescaya kau akan menangis pula kerana mencintainya”.
Di bawah ini ada beberapa video berkaitan Nabi Muhammad yang mampu membuatkan aku menangis tiap-tiap kali aku melihatnya, dan aku mahu berkongsi kepada anda semua.
Jika anda ada video yang menarik berkaitan Muhammad juga silakan share dengan kami semua. Aku teringin sangat-sangat untuk menontonnya juga.
You guys still remember the last flash file about Islam in the previous post? This is another flash file from the same creator and its about a dialog between an atheist barber and a muslim customer.
MashaALlah this is a very nice cartoon, please play it till the end.
“Hear, O Israel. The Lord Our God is One God” [Deutronomy 6:4, Mark 12:29]
“I am the Lord thy God, which have brought thee out of the land of Egypt, out of the house of bondage. Thou shall have no other gods before me. Thou shall not make unto thee any graven image, or any likeness of any thing that is in the heaven above, or that is in the earth beneath, or that is in the water under the earth. Thou shalt not bow down thyselfto them, nor serve them. For I the Lord thy God am a jealous God” [Exodus 20:2-5, Deutronomy 5:7-9]
In Hinduism,
“He isOne only without a second” [Chandogya Upanishad 6:2:1]
“Of Him there are neither parents nor lord” [Svetasvatara Upanishad 6:9]
“There is no image of Him” [Yajurveda 32:3]
In Islam,
“Say: He is God, The One and only. God, The Eternal, Absolute. He begets not, nor is he begotten. And there is none like unto Him” [Quran 112:1-4]
It is enlightening to note that how the scriptures of various religion besides Islam states how unique God is, that there is only one God, how God does not have parents and should not be made images of, but how ironic it is that their practises doesn’t reflect their teachings.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat”.
Seorang lagi sahabatku telah menamatkan zaman bujangnya. Noor Syahira aka Nola sudah melangsungkan perkahwinannya dengan Mohd Fadhli aka Palie. Moga berbahagia selalu hinggalah ke anak cucu.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu.”
Salaam & cheers~~
p/s: Oh, kenapa model telekung siti khadijah? Sebenarnya, sahabat aku ini pernah menjadi model untuk produk tersebut. Tapi baru-baru ini aku lihat di website produk tersebut sudah tiada gambarnya…almaklumlah, masih belum menamatkan pengajian di IPT, mahu fokus pada pelajaran.
I posted this on facebook before. Im just gonna make this an entry in my blog as well. The other day ada orang post kat facebook, that watching Twilight encourages its audience to fall in love <—-or sumthing kinda like that.
Hahah. I agree. So i drew this.
Anyway, i havent watched this movie yet. Come to think of it, i havent watched quite an amount of movies this season. I missed watching A-team, Prince of Persia, Clash of the Titans, Alice in Wonderland….just to name a few.
Salaam & cheers.
p/s : Hmm, it seems that im encouraging people to get married. Well, its better to get married early. That’ll prevent us from doing things or actions against our religion. And if we think we’re not ready for marriage, then its best if we avoid those thoughts of having a serious relationship from our heads in the meanwhile. Well, that’s what i think. Wallahualam.