posted24/07/10

Selamat Pengantin baru kepada model telekung Siti Khadijah…

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat”.

nola

Seorang lagi sahabatku telah menamatkan zaman bujangnya. Noor Syahira aka Nola sudah melangsungkan perkahwinannya dengan Mohd Fadhli aka Palie. Moga berbahagia selalu hinggalah ke anak cucu.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu.”

Salaam & cheers~~

p/s: Oh, kenapa model telekung siti khadijah? Sebenarnya, sahabat aku ini pernah menjadi model untuk produk tersebut. Tapi baru-baru ini aku lihat di website produk tersebut sudah tiada gambarnya…almaklumlah, masih belum menamatkan pengajian di IPT, mahu fokus pada pelajaran. :-)

4 Comments
read more
posted21/07/10

Tawaran melukis potret percuma

Aku kira anda masih ingat post aku yang bertajuk I miss drawing. Aku menulis di post di facebook untuk menawarkan melukis potret secara percuma, (ya, sememangnya aku sedang tiada apa hendak dilakukan ketika itu) dan ramai juga yang meminta aku melukiskan potret mereka tapi yang kelakarnya kebanyakannya perempuan. Selepas beberapa ketika baru ada pihak lelaki yang meminta. Jelas sekali, ego lelaki sangat tebal. Haha. Tapi tak mengapa. Sampai sekarang aku masih sedang menyiapkan permintaan sahabat-sahabat semua. Maaf andai terlambat. Andai aku terlupa tolong ingatkan ya.

Lukisan pensel aku sangat comot. Aku masih sedang cuba memperbaiki kelemahan ini.

Oh ya, sekarang tawaran sudah ditutup. Semester sudah bermula. Maaf ya.~~

Salaam & cheers.

8 Comments
read more
posted14/07/10

Superman needs to go to gym

I got back home with my body feeling sore all over. Baru tadi kali pertama aku memulakan latihan senaman di Fitness First. Aku menggunakan kupon keahlian percuma selama sebulan yang aku beli beberapa bulan lepas. Benarlah pepatah bahasa inggeris, No pain no gain, kalau tak rasa sakit takkan dapat apa-apa *_*! (more…)

11 Comments
read more
posted20/06/10

2 weddings, 1 great weekend

Beberapa minggu lepas aku sempat menghadiri kenduri kahwin seorang sahabat dari UM (err, sebenarnya dia kahwin dengan seorang lagi sahabat aku dari UM juga, jadi technically, aku menghadiri kenduri dua org kawan, betul tak?) yang berlangsung di Besut Terengganu. Zul Amirul sebaya dengan aku. Isterinya Ummu tua setahun. Alhamdulillah sekali lafaz sahaja sah akad, heheh.

(more…)

4 Comments
read more
posted27/05/10

I miss drawing

The drawing above was requested by my good friend Khairul Ikhwan aka ketek, who is currently doing his industrial training at Petronas, Terengganu. His training ends this week and thought of giving a little sumthing to his office-mates as a farewell gift. Well, here you go, hope you like it.

Im actually kinda thankful he asked me to draw this, because if he hadnt, i dont know when would’ve i picked up my pencil again and started drawing again. Seriously, my body is starting to feel the effects of all day long work, i couldnt even survive beyond 12 midnite, sometimes i even surrender after isyak. Its tiring, truly. Now i know how my dad feels after a long days work. However, i look up to him for still being able to entertain his family at home after work. (more…)

7 Comments
read more
posted06/05/10

Ezzat Extraordinarily Excellent Electrical Engineer!

Salaam alayk everyone!

God, I feel so happy + relieved today. Ever since about a couple of weeks ago my blog’s admin panel encountered a problem which caused me to be unable to do anything at my blog (except reply comments). I was frustrated and thought that the only solution was to backup every data inside this blog, create a new subdomain, installed a new version of wordpress and then upload everything to the new subdomain but that would cause me a lot of time and work. Ok, so i don’t wanna get any more technical, but just to say that i finally figured out the problem and managed to solve it, alhamdulillah, so now my blog is running normally again and i can update new posts.

So, what happened in my life recently? I just finished my finals last week on Friday, went to watch Iron Man 2 that night, got some rest on Saturday, went to a friend’s wedding on Sunday, and started my industrial training on Monday. I’m undergoing Industrial Training for 2 months at IC-Microsystems, Cyberjaya, a company which designs integrated circuits and microprocessors.

Man, i have so much to tell about my first day experience here. Can you imagine me almost crying (not literally *_*!) and practically thinking of just running away and not doing industrial training, even though i just started training! But probably i’ll save that for the next post…im in the office now, im supposed to be doing my circuit design but just couldn’t help myself to write a new post since i managed to repair my blog’s admin panel, *_*!

Anyhow, just wish me luck guys. Ahah, ezzat excellent electrical engineer (all E’s, was i born to do this?? lol~)

Salaam & cheers..~~

8 Comments
read more
posted21/04/10

Last minute study tips anyone?

Ok, consider me crazy for even writing this post during exam week (*_*!). But what the heck.

Yea, its kinda normal for us to study last minute. A whole semester of classes (5 months of it) fully covered in like what, a week? A day? A few hours? Haha, now that’s last minute.

So, i may not be the best person to share how to study last minute, but here’s a tip or two that i believe might help.

(more…)

6 Comments
read more
posted18/04/10

Salam peperiksaan!

exam

Bermula esok mahasiswa di Universiti Malaya akan menghadapi peperiksaan akhir semester. Maka semoga berjaya aku ucapkan pada kawan-kawan. Buatlah yang terbaik. Berusahalah bagai nak mati. Dan berdoalah bersungguh-sungguh kepada Allah dengan pengharapan sepenuh-penuhnya. There is no victory without a battle. There is no success without a trial.

Just sharing what one of my friend once told me, “My pointer (GPA) is Islam’s dignity”. Kalau buruk keputusan peperiksaanku, selaku seorang muslim yang menjadi duta kepada agama Allah ini, terjejaslah juga imej Islam….(agak menakutkan bukan? Heh, tapi inilah hakikatnya yang kita tidak menyedari)

Exam aku akan bermula pada hari Jumaat ini (23 April) dan akan berakhir pada Jumaat berikutnya (30 April). Kesemuanya ada 6 kertas yang akan aku hadapi dan hari yang paling mencabar adalah pada hari Isnin (26 April) kerana aku ada 2 kertas pada hari tersebut *gulp! Tamat sahaja peperiksaan akhir aku, 2 hari berikutnya (3 Mei) aku sudah akan memulakan latihan industriku. Aku mendapat tempat di IC Microsystems di Cyberjaya dan akan mempelajari bidang designing circuit. Oh, risaunya + terujanya aku.

All the best ya! Oh, dan doakan kejayaan aku sekali ya!

Salaam & cheers…~~~

11 Comments
read more
posted07/03/10

Ekspedisi mencari kebesaran Allah…

page1page2page3page4page5

Kalau ada sesiapa yang rajin dan mahu membaca kisah pendakian kami yang lebih detail dan lengkap boleh pergi ke sini.

Aku sangat gembira kerana dapat meluangkan masa dengan kawan-kawan yang sudah lama tak bersua muka…dan aku juga bersyukur kerana dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat baru yang semuanya sporting.

Bawah ini boleh tengok pula gambar-gambar sepanjang ekspedisi… (more…)

14 Comments
read more
posted01/02/10

Mau kahwin sudaaa…^_^

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir [ar-Ruum:21]

Di bawah ini adalah hasil kerja orang yang malas. Artwork yang belum siap akibat sangat tak sabar…oh, ajarilah aku hakikat sabar. Aku memulakan artwork ini di muka perempuan itu, kemudian beralih kepada lelaki dan kemudian seluruh anggota yang lain. Mungkin sebab itu aku paling berpuas hati dengan muka perempuan itu, sebab aku menghasilkannya dengan penuh teliti.

kahwin-full

Pada 20 dan 21 Februari 2010 akan diadakan kursus kahwin anjuran Kolej Kediaman Ibnu Sina, Universiti Malaya. Bayaran yang dikenakan ialah hanya RM70 (termasuk sarapan & makan tengah hari untuk kedua-dua hari program). Sijil dari JAKIM akan diberikan dan tiada tamat tempoh (biasanya ada tamat tempoh ke? Aku tak tahu…al maklum, belum kahwin lagi *_*!)

Penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Aku yakin ramai kenalanku yang sudah berada di tahun akhir pengajian sudah mula memikirkan tentang perkahwinan, jadi apa salahnya menyertai program ini, at least, it’s a first step (^_*!), eheh.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 13 Februari 2010.

Jadi sesiapa yang berminat, jangan segan silu menghubungi orang berikut

Khairuddin (019-6347975)

Yana (017-3122295)

Hilmi (019-5543483)

Oh yea, check out their blog for more information here. They have a pretty cute blog i must say ^_*!

Salaam & cheers..~

9 Comments
read more
older posts